Zoo Negara dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Bayaran masuk ke Zoo Negara untuk
Dewasa RM30 untuk Warganegara Malaysia dan RM50 untuk Bukan Warganegara.
Kanak-kanak RM10 untuk Warganegara Malaysia dan RM25 untuk Bukan Warganegara.
Warga Tua(65 tahun keatas) RM15 untuk Warganegara Malaysia dan RM50 untuk Bukan Warganegara.
Orang kurang upaya (OKU) PERCUMA - sila tunjukkan kad OKU dikaunter.
Untuk Pelajar RM8 dan Guru RM10 - mesti datang secara berkumpulan min 10 orang dan seorang guru.
Berposing dengan Zirafah
Untuk Show time kalau tak silap saya ada tiga atau empat haiwan yang digunakan untuk menghiburkan pengunjung Zoo Negara.Seperti Singa Laut,Burung kakak tua dan Kera atau monyet.Persembahan biasanya akan bermula pada jam 11 pagi dan 3 petang dan mungkin akan dibatalkan tanpa notis.jika terdapat masalah pada hari tersebut.Dan kalau nak ambil gambar bersama haiwan-haiwan terpilih boleh tunggu sehingga persembahan habis.
Pose pulak dengan gajah.gajah tu tengah nak buang air besar .
Gambar atas masih di kendong ,yang ni dah besar.second round pergi zoo.Sebab Hanis kata masa kecik tak puas tengok binatang kat zoo,so dia minta repeat balik.
Abang juga yang untung.Dapat jumpa kawan-kawan kat zoo.
Harga Tiket Zoo Negara biasanya akan berubah dari semasa ke semasa berikutan kos sara hidup haiwan meningkat.Peningkatan ini disebabkan kenaikan harga makanan haiwan-haiwan tersebut.Cuba bayangkan kalau seekor harimau berapa kilo daging sehari dia makan.belum yang lain-lain lagi.Sebenarnya Tiket yang kita beli akan diagihkan kepada haiwan-haiwan tersebut dalam bentuk makanan dan juga untuk kos pengurusan.So, tak perlu merungut tentang harga tiket yer.Yang pastinya kat dalam Zoo memang best.Jumpa disana.