Jadi sapa-sapa yang nak cuba boleh terus ke Bukit Jugra,Banting.Kalau datang dari arah Klang ,boleh ikut susur Pulau Carey untuk jarak perjalanan yang lebih dekat.Bagi yang belum pernah try ,korang akan terbang berdua bersama jurupandu ,itu diaorang panggil tandem paragliding,sebab kalau orang baru cuba nak terbang sorang-sorang saya rasa boleh sampai ke Sumatera rasanya.kan ke masalah tu..hehe just joke,belum pernah jadi pun.Boleh datang setiap sabtu dan ahad,biasanya diaorang akan bermula pada jam 10 pagi bergantung pada keadaan cuaca,jika cuaca cerah dan keadaan angin menepati ciri-ciri yang dikehendaki baru mereka akan bawa kita terbang.
tempat bermula
kawasan landing
Actually saya sendiri pun masih belum mencuba sukan paragliding ni,sebab saya kuat gayat,boleh pengsan rasanya kalau saya cuba ,sebab saya pernah tanya, ketinggian yang biasa adalah 300 meter dari aras laut dan ada yang mencecah sehingga 2000 meter...memang gayat habis...masa di udara mengambil masa 10-15 minit...
Kos yang diperlukan untuk sukan paragliding ni sekitar RM120 hingga RM200 tak mahal manapun kalau nak dibandingkan dengan keseronokan yang bakal kita nikmati.Terbang bagaikan burung ,bebas diudara.
kalau nak murah kena ambik lesen sendiri ,itu bergantung pada anda,kos nya sekitar RM1500 dan perlu menghadiri kelas selama 4 hari.Dan bila dah dapat lesen korang boleh guna equipment diorang hanya dengan kos RM30 sahaja.maknanya modal besar sekali dan dapat murah berkali-kali.
Kalau nak beli sendiri pun boleh kos untuk parachute sekitar RM10,000 sahaja.
Kat atas Bukit Jugra tu juga terdapat Rumah api atau Menara konkrit putih yang dibina pada tahun 1976 salah satu peninggalan sejarah yang masih terdapat di Banting,Rumah Api ni menghadap ke arah Selat Melaka dan berketinggian 25 meter .Manakala tinggi dari aras laut adalah 146 meter.
Di Bukit Jugra digunakan sebagai balai cerap oleh jabatan Mufti Selangor .