Courts ID Workshop & Digital Sofa Maker.

Digital Sofa Maker

Alhamdulillah,hari yang di nanti telah tiba,aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.Semoga tahun ini lebih bermakna dari yang sebelumnya.Dan semoga dapat melipatgandakan amalan masing-masing,In shaa allah.Seperti biasa bila masuk sahaja bulan Ramadhan,pastinya banyak pusat-pusat membeli belah,perabot dan barangan elektrik yang akan membuat jualan murah ataupun "sale gila-gila"...Courts Mammoth Malaysia tidak terkecuali,aku berkesempatan untuk hadir ke Courts ID Workshop dan Digital Sofa Maker Contest di Courts Sri Damansara.Workshop tersebut dikendalikan oleh Wilbert Liu dari SilentNight,menerangkan bagaimana ingin menghias ruang tamu dengan perabot-perabot keluaran dari SilentNight dan bagaimana ingin memilih warna yang sesuai dengan suasana rumah kita.



Digital Sofa Maker

Courts juga sedang membuat jualan murah dengan pelbagai tawaran istimewa sempena musim perayaan yang akan menjelma tidak lama lagi.Jom terjah courts yang terdekat dengan tempat korang.Seperti biasa courts akan membuat tawaran guna dulu 30 hari baru bayar selepas itu.Jadi tunggu apa lagi....macam-macam ada di Courts.

Digital Sofa Maker
Digital Sofa Maker

Sekarang Courts ada aplikasi baru untuk pelanggannya yang ingin membeli sofa.Korang boleh pilih warna dan corak kegemaran dengan hanya menggunakan apps yang disediakan.Memang best,selepas pilih warna dan corak yang diinginkan pihak courts akan membuat mengikut pilihan korang.Terbaik tak....mudah jer ,cuma klik-klik jer.rasa ok boleh terus order.Aplikasi ni diberi nama Digital Sofa Maker.Dan hanya di Courts terpilih sahaja.Tak semua Courts ada servis ni dan satu lagi,apps ni tak boleh download guna google play pun.Jadi kalau nak cuba kena pergi ke Courts yang terpilih.Tempahan korang akan siap dalam tempoh 2 hingga tiga minggu.Menarik tak.Dan aku pun dah cuba.Pada hari tersebut ada contest Digital sofa maker ni,aku pun try le mana tau dapat sofa berharga Rm2000 +++....

Digital Sofa Maker
Masing-masing tengah khusyuk guna Apps Digital Sofa Maker dan nak menang perabot raya. 


Digital Sofa Maker
Dah siap,Ini lah hasilnya rekaan sofa aku.kira nasib la ni kalau menang.

Digital Sofa Maker
Alhamdulillah,walaupun tak menang perabot dapat saguhati pun jadilah.Terima kasih Courts Malaysia.

Digital Sofa Maker
Dapat Voucher aku tukar terus dengan Oven,Boleh guna untuk buat kuih raya nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...