Keburukan Minum Kopi.

Keburukan Minum Kopi.

Aku merupakan peminat tegar kopi,Dalam sehari kalau tak minum kopi pasti aku rasa lain macam je hari tu.Tapi bila aku terbaca satu artikel sebelum ni mengenai keburukan minum kopi aku jadi macam tak menentu.Ada ke patut sumber tu kata yang kopi ni tidak baik untuk kesihatan.Apa lagi aku pun cuba cari kat mr google.Ternyata banyak sumber yang baik dari yang buruk.Hakikatnya kopi adalah antara minuman yang banyak kebaikan selain madu dan susu.Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun,dan ini menjadikan kopi adalah antara minuman paling popular didunia.

Di US,52% daripada penduduknya meminum kopi setiap hari.dan yang selebihnya minum kopi beberapa kali seminggu.Untuk pengetahuan korang bangsa yahudi paling gemar minum kopi sehingga aak-anak mereka dilatih untuk minum kopi setiap hari.Macam anak-anak aku suka milo,padahal milo tu lagi tak bagus untuk kesihatan.wah,nampaknya lepas ni aku kena ubah cara peminuman keluarga ni.haha.

Antara kebaikan kopi yang perlu diketahui.

1-Kandungan kafein dalam kopi.
Kopi selama ini di anggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang yang mengantuk.Betul atau tidak fakta ini?
Jom kita kaji dengan lebih mendalam lagi,kandungan utama kopi adalah kafein,ia berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak,sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung.
Jadi setiap kali kita meminum kopi pada skala yang betul tubuh kita akan menjadi segar,daya pemikiran menjadi lebih cepat dan tidak mudah mengantuk.Kandungan kafein sebanyak 200 gram mencecah 135 mg,berbeza dengan teh cuma 35 mg pada gram yang sama.Orang yang tidak tahan dengan pengambilan kafein biasanya akan mudah diserang sakit kepala,ini kerana kafein mampu menyempitkan pembuluh darah ke otak .Bab ini jer yang boleh diklasifikasikan sebagai keburukan minum kopi yang lain-lain nampak ok.
Kafein juga mampu membantu untuk mengurangkan  lemak ,Secara fisiologi,badan orang yang gemuk kurang mampu untuk membakar lemak ketika bersenam berbanding orang yang kurus.Itu sebab kalau korang perasan ada orang yang akan merasa lapar selepas bersenam ini kerana karbohidrat telah dibakar untuk dijadikan sumber tenaga sehingga kadar gula darah menurun.Tugas kafein adalah membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera.Jadi rasa lapar boleh dikurangkan.

Keburukan Minum Kopi.

2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak.
Kajian di Barcelona,Sepanyol telah mendapati secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak.Mereka mendapati pengambilan kafein dan gula serentak mampu meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan akan menjadi lebih kuat.Hasil kajian itu diperolehi dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan gula bergula,kopi tanpa gula dan air masak.Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak menghadapi cabaran dalam kegiatan harian.

3-Kandungan anti oksida dalam kopi
Anti oksida yang terdapat pada kopi berfungsi seperti tentera yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.Kita tahu antioksida sangat baik untuk kesihatan.Salah satu hasil kajian mendapati pengambilan kopi boleh memberi manfaat kepada pesakit parkinson dan diabites jenis II.
Dan kajian penyelidik di sebuah sekolah kesihatan Harvard turut menyenaraikan fakta kopi mampu melindungi seseorang dari masalah penuaan.Ubat awet muda la ni.
Manakala hasil kajian dibeberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton,Universiti Athens dan Universiti Keio,Tokyo merumuskan kopi juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan risiko kanser,sakit jantung dan juga strok

Jadi kalau sebelum ni korang tak minum kopi,dan asyik terfikir tentang keburukan minum kopi,sekarang mesti dah mula ada minat nak minum kopi kan.So,jom kita minum kopi.Banyak manfaat nya kan.Ini bukan bohong tau,tapi semuanya adalah hasil kajian daripada mereka yang bertauliah. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...